Thursday, October 31, 2013

Syiling dan Batu

- assalamualaikum dan salam sejahtera -


Wang syiling jatuh dihadapan seorang lelaki yang asyik membacuh simen,
melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja . 
Tanpa menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan masukkan ke dalam poketnya .
Dia menyambung semula kerjanya .
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya .
Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekeliling . 
Tiada siapa yang ada berdekatan dengannya, 
sekali lagi dia mengambil syiling itu dan menyimpannya dalam kocek .
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .
Pun sama, dia mengambil duit tersebut lalu menyimpannya .
" Rezeki aku ! " kata lelaki itu di dalam hati .
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras 8 bangunan separuh siap yang mereka bina itu .
Actually, ketuanya mahu memanggilnya, namun jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyi mesin pembinaan di kawasan tersebut .
Ketuanya mencampakkan syiling tersebut dengan tujuan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas . 
Mudah - mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanan kepada pekerjanya itu .
Sayangnya sehingga habis wang syiling di baling ke bawah tetapi lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas . 
Lantas, ketuanya mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai .
Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah .
Beberapa batu kecil itu mengenai badan lelaki tersebut .
Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas dari mana datangnya batu tersebut .
Barulah dia nampak kelibat ketuanya yang sejak tadi ingin mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan .

Sahabat sekalian, Allah sering kali menjatuhkan rezeki ( syiling ), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyaknya kepada kita, 
Tuhan menjatuhkan " syiling " itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya .
Tetapi, acap kali kita lalai untuk " mendongak " ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur .

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan " syiling " tidak berjaya menarik perhatian, Dia jatuhkan pula " batu " yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan .
Dan hanya setelah kita merasa sakit, barulah kita teringat untuk mendongak dan menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Esa

No comments:

Post a Comment