Wednesday, November 20, 2013

4 hal sebelum tidur

- assalamualaikum dan salam sejahtera -

Rasulullah S.A.W berpesan kepada Siti Aisyah r.a : " Ya Aisyah ! Jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
  • Sebelum khatam Al - Quran 
  • Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
  • Sebelum para muslimin meredhai engkau
  • Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah
Bertanya Siti Aisyah : " Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika ? "
Rasulullah tersenyum lalu bersabda :
  • Jika engkau akan mahu tidur, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali seakan - akan engkau telah mengkhatamkan Al - Quran
  •  Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
  • Beristighfarlah kepada para mukminin, maka mereka akan meredhai engkau
  • Perbanyakkanlah " bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir " maka seakan - akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah 

No comments:

Post a Comment